sob.. sob... sob...
Entry sedih.
Sila sediakan tisu secukupnya. (pesanan untuk diri sendiri).
Apakah perasaan anda sekiranya terpaksa berpisah dengan ibu, bapa anda? Boyfriend/Girlfriend anda? BFF anda? Haiwan berbulu-bulu peliharaan anda?
Ataupun kehilangan suami yang dicintai?
Ataupun Iphone 4 yang baru anda baru beli dicuri?
Tentulah sedihkan...
Kini saya terpaksa berpisah dengan Cinta Hati saya,
yang selalu menemani saya ke mana sahaja.
Pergi kerja dan balik kerja. Pergi dating dan tengok wayang. Pergi outstation, okey ini sekali sekala saja sebab mostly kalau outstation tentulah ada driverkan sebab naik kenderaan universiti.
Telah banyak jasanya kepada saya sekeluarga. Daripada Mas belajar kat Jitra sehinggalah Che Ai belajar kat Segamat. Bercuti ke sana ke mari. Dari Johor Bahru sehingga nun jauh ke Padang Besar. Shopping kat Langkawi tak ingat dunia sampaikan semua barang kena riba dan letak bawah kaki. Daripada bercanda di Cherating sehinggalah bersnorkeling di Pulau Tioman. Pergi shopping dari Masjid India sampai ke IKEA.
Dari hidup bujang sehingga kini dah kahwin, Dari Cinta Hati kaler Hijau hingga Cinta Hati kaler Oren. Cinta Hati masih tetap menemani. Tapi kini JES tiada lagi. Namun sehingga kini JES tetap di hati.
Cinta Hati
19/9/2004 - 25/7/2011