Thursday, January 5, 2012

Ada Apa Dengan Bubur?

Kalau demam makan bubur.
Kalau sakit gigi makan bubur.
Sakit tekak pun makan bubur. 
Kalau takde selera, mulut kena ulser pun makan bubur juga.

Mungkin sebab tekstur bubur yang lembut, mudah ditelan dan dihadam maka bubur la menu yang harus dipilih apabila mengalami simpton2 di atas.  Bubur pun senang nak prepare. Makan bubur dengan ikan bilis, kangkung goreng belacan dan telur masin pasti membuka selera.  Kalau malas nak  masak, start enjin keta, pi drive thru MekDi order bubur abih citer, ye dok?  

Amboi.. panjangnya intro.  Sebenarnya Encik MKF saya a.k.a My Incik Hubby tu demam katanya.  Semalam petang elok je. Tetiba bila call time dia keja malam khabarnya dah mula rasa tak sedap badan.  Call lagi pagi dan petang dengar suara macam dah demam, bila balik keja, tengok-tengok Encik MKF tu dah tergolek. Konfem demam. Hehe. Kesian.. 

Lepas Maghrib terus pi klinik, tapi tengok-tengok dah ramai patient yang menunggu giliran. Last-last amik ubat je la ye.  Tak sanggup nak menunggu. Biasanya sorang patient akan ambil masa lebih kurang 15 - 20 minit. Kalau 10 orang, tak ke kami yang kena tutup pintu klinik tu.  Nampaknya untuk sehari dua ni kena tukar profesion jadi jururawat la gamaknya. Hehe.



Orang demam kata dia nak makan bubur.

bubur ayam

Orang tak demam, takkan nak makan bubur juga, kita makan yang ni la ye.

Cheese Nan
 dengan
dengan kuah kambing





Lepas makan, Cik Jururawat kena jalankan tugas, bagi pesakit makan ubat.

Ubat-ubatan. Antibiotic x dpt sbb x jumpa tuan doktor.


Till then. Semoga En MKF saya cepat sembuh.


Monday, January 2, 2012

Welcome 2012

Dah 02.01.2012 baru nk welcome 2012. Apa daaa... But, It's never too late kan.  
Happy New Year!!! 
ehsan google

Tahun Baru = Azam Baru. Sangat sinonim.  Apabila tiba tahun baru, semua orang akan bertanya apakah azam tahun baru anda.  Mungkin sepatutnya perlu tanya apakah azam anda telah tercapai pada tahun lepas? Rasanya tak perlulah nak kepochi sangat jaga tepi kain orang. Tanyalah pada diri sendiri. Adakah azam anda pada tahun lalu telah tercapai?

Rasanya kali ni tak nak sebut azam baru. Kita tukar kepada target. Dan target ini mungkin tidak akan dicapai dalam tempoh satu tahun. Mungkin maksimum 5 tahun, bergantung kepada target yang hendak dicapai.  (Tetiba ayat macam nak buat Sasaran Kerja Tahunan pejabat.) Hew Hew.


Target yang telah dikenalpasti kebanyakannya tertumpu kepada rumah. Segala yang terfiikir semuanya untuk kelengkapan rumah.  Nak pasang tiles la, nak buat wakaf la, nak beli pinggan mangkuk la. Kebanyakannya untuk rumah. Tapi target yang ni semuanya melibatkan kos kewangan.


Target untuk perbaiki diri sendiri pun perlu ada.  Bersenam!! Yes, pagi tadi telah mulakan iaitu amalkan naik tangga bukan naik lif.  Kalau tiada masa nak beriadah, kita kenalah cari alternatif lain. Perlu bersenam sambil tengok tv. Bukan tengok tv sambil baring je.  Mungkin perlu cari kawan-kawan untuk berjoging di hujung minggu.   Dan kalau tiada peluang nak berjoging, perlulah parking kereta jauh sikit dari kebiasaan.  Berjalan pun satu senaman juga kan. :)

Tak kisah la, apa azam atau target anda, seharusnya yang membawa ke arah yang lebih positif. Tapi kalau sang pencuri target untuk lipatgandakan hasil mencuri, itu pun boleh kira positif ke? Haha.

Semoga tahun 2012 ini membawa seribu kerahmatan kepada kita semua.