Tengok trailer pun dh best, haruslah pi tengok movie. 2 minggu sblm show dh booking hubby ajak pi.... amboi.. punya la sakan... Semalam pi tengok Hikayat Merong Mahawangsa... best giler dpt tgk tayangan hari pertama.. ibarat potong reben gamaknya.. lg plak tayangan serentak bukan di seluruh Malaysia tp seantero dunia.... tabik spring la kat KRU..DOUBLE THUMBS UP!!! memang best tengok movie ni, tak rugi beli tix... filem epik yang setaraf dengan filem hollywood.
Filem ini dikatakan menelan belanja yang agak tinggi iaitu sebanyak RM8 juta dan diarahkan oleh Abg Chik iaitu Yusri KRU dan diterbitkan oleh KRU Studios. Pelakon yang membintangi filem ini ialah Stephen Rahman Hughes (Merong Mahawangsa), Dato’ Haji Rahim Razali (Pak Kesum), Gavin Rees Stenshouse (Marcus), Wan Hanafi Su (Taji), Jing Lu (Puteri Meng Li Hua), Craig Robert Fong (Laksamana Liu Yun), Ummi Nazeera (Embuk), Khir Rahman (Kemawas), Jehan Miskin (Embi), Nellie Ng (Ying Ying), Acong, Maya Karin dan Mano Maniam.
Tetiba teringat lak masa shooting filem ni la dikatakan Sharifah Amani bertemu cinta lokasi dengan Gavin, tapi tak nampak plak role Amani dalam filem ni. Agaknya terlibat di belakang tabir kut..
Keunikan filem ini mengabungkan cerita-cerita sejarah dan mitos tiga tamadun terkenal dunia iaitu Melayu, China dan Rom. Music arrangement yang sedap dan penggunaan teknik CGI yang amat cantik dan natural. location di tepi pantai di Terengganu tu pun amatlah cantik. Kiranya percubaan berani KRU Studio untuk menghasilkan filem bertaraf antarabangsa ini amat berjaya.
Dalam filem ini, Merong Mahawangsa adalah daripada keturunan Alexander the Great yang merupakan seorang nakhoda tentera laut yang terkenal pada era kegemilangan empayar Rom. Pada masa yang sama, Dinasti Han berkuasa di Asia Tengah. Jadi untuk mengembangkan kuasa, mereka sepakat untuk mengahwinkan Putera Rom dengan Puteri China. Ketika pelayaran, kapal rombongan Rom telah musnah. Lycius dan Marcus singgah di Goa bagi mencari kapal beserta nakhoda dan anak-anak kapal bagi membolehkan mereka meneruskan pelayaran untuk bertemu Puteri China di Langkasuka. Pada ketika inilah mereka bertemu Merong Mahawangsa yang ketika itu menjadi tahanan di Goa. Merong Mahawangsa telah dipilih untuk jadi bodyguard Marcus ke Langkasuka untuk bertemu dengan puteri raja dari Dinasti Han.
Pelayaran mereka selamat mendarat di Langkasuka dan bertemu dengan Laksamana China. Puteri yang enggan berkahwin dengan Putera Marcus melarikan diri dengan inangnya, Ying Ying. Namun begitu, Putera Marcus yang sedang merayau-rayau di hutan bertembung juga dengan Puteri tersebut. Selepas beberapa pertelingkahan, hati pun terpaut. Walau bagaimanapun, puak Geruda (Taji dan Kemawas) punyai rencana jahat. Mereka menculik Puteri China itu dan menjadikannya sebagai tebusan. Dan dalam pertempuran itu, Merong Mahawangsa tercedera dan diselamatkan oleh Pak Kesum.
Pada masa inilah Merong bertemu Embuk dan mengetahui yang dia juga berasal dari situ. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China, dapatkan Marcus berkahwin dengan Puteri China tersebut, bagaimanakah Merong Mahasuasa eh, Mahawangsa membuka Langkasuka, kalau nk tau, kenalah pi tengok kat cinema... moga-moga leh pecah rekod Khurafat tu.
Lagu ini ditujukan khas buat ibunda tercinta dengan ucapan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki, Semoga kehidupan mak diberkati olehNya dan semoga mak happy² selalu disamping keluarga.
Tiba² terasa nk buatkan cake special utk mak... dlm kepala dh berangan nk buat "RED VELVET CUPCAKES".. 2-3 hari jugaklah google cari resipi... harap sangat supaya kek ni menjadi... segala bahan dan ramuan dicari, step satu persatu diikuti ditambah dengan seribu pengharapan serta kesabaran dan sepenuh kasih sayang, maka taraaaa......
** deco agak kurang memuaskan, tangan begitu tidak berseni.....
Bahan A (di ayak bersama)
375gm tepung gandum
20gm serbuk koko
1 tsp baking soda (soda bikabonat)
Bahan B
170gm mentega (suhu bilik)
350gm gula kaster
2 tsp esen vanila
3 biji telur grade A
Bahan C
350ml UHT whiping cream/Yogurt
1 Tbsp cuka/jus lemon
2 1/2 Tbsp pewarna merah
(Satukan semua, biarkan selama 10 minit)
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan loyang/cawan kertas.
2. Satukan bahan A, ketepikan.
3. Pukul bahan B hingga kembang, masukkan telur satu persatu di ikuti bahan A dan bahan C berselang seli. Pukul hingga sebati.
4. Sudukan 2/3 adunan ke dalam cawan kertas dan bakar selama 20-25 minit. Sejukkan dahulu.
5. Cream Cheese : Pukul cream cheese bersama gula hingga lembut, masukkan esen vanila dan whipping cream sedikit demi sedikit, pukul hingga bergaul rata dan tidak berketul.
6. Paipkan ke atas cupcake dan hias mengikut suka.
sumber dari : http://resipicitarasawan.blogspot.com
Komen dari adikku n pakcik : ok, boleh niaga la camni.... and tq pada ayu yg sudi bgtau perbezaan antara baking soda n baking powder...
Chewahhh.... tp entri ni bukan untuk berbalas pantun ye... entri kali ni ialah resipi Kuih Bakar Pandan.. kudapan untuk My Hubby Dearie pagi tadi... Dh lama sangat dah berhajat nk buat kuih ni, tp takde loyang la... bijan takde la.. so beberapa hari lepas dh siap² beli loyang dan hari ini kita pun merasmikannya.....
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum (tp saya lebihkan skit)
1 cawan gula
1 cawan jus pandan
2 cawan santan
2 sb mentega yang dicairkan
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sedikit garam
Sedikit bijan
Cara-cara:
1. Satukan semua bahan² di atas kecuali bijan dan masukkan ke dalam blender dan kisar. Tapis adunan dan ketepikan.
2. Panaskan oven pada suhu 200C. Sapukan mentega pada loyang supaya senang dikeluarkan dan panaskan didalam oven selama 5 minit.
3. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit. Keluarkan dan tabur bijan secukupnya. Bakar lagi selama lebih kurang 45 minit sehingga keperangan.
LM : Resipi ini adalah hasil dari sekodeng daripada Abang Mat Gebu dan My Resipi. Diubahsuai mengikut citarasa sendiri. MHD lum bagi komen lagi tp bak kata officemateku, Suraya "sedaplah, cam kuih Kak Noriah"... hehe..
sms lisa - "kak, penah pi i-City x? abg sedara kita penah pi. nnt kita ajak rini n eric sekali... " i-City tu mmglah tak penah pergi lagi.. tp taulah tempat tu penuh dengan gemerlapan lampu warna warni... HotFM, TV3 pun penah wat funtion kat situ....
i-City ni located kat Section 7, Shah Alam. pi ikut Federal Highway je.. sib baik ada Garmin... tp signboard pun banyak.. confirm tak sesat laa...
bayaran masuk satu keta RM10. kalau pi penuh satu keta, jimat.. tapi kalau penuh satu MPV, lagi menjimatkan.... bayaran masuk tu a.k.a voucher leh guna lagi bila nk masuk kt area yg kena charge...
dr jauh lagi dh nmpak cahaya² lampu.... tiang² lampu pun cantik... wah.. dah tak sabar² nk jalan.. tp dinasihatkan sila jangan pakai heels ye... konfem penat nk jalan nnt...
it's time to menyakitkan mata dengan cahaya gemerlapan
mcm² karer ada... meriah giler...
ada cam gaya hindustan x?
eric : pokda, naper katak ni x mau lompat.. hubby : eric, kita senyum je.. nnt lama² katak ni lompat la...
hubby : kuat ke eric nk angkat kaki kuda, pokda tolong eh...
LM : semua gambar adalah ehsan dari lisa (baju merah, tudung itam).. tq ye
lepas beberapa hari leh rest kat umah, atuk kena pi HSA pd 24/2/2011 utk check-up.. tp sebenarnya check-up tu pd 25/2/2011.. kena rest kat wad gak satu malam..
kita pi naik Grand Livina moksu, maceh moksu kasi pinjam Grand Livina, selesa sikit atuk.. walaupun moksu yang menanggung penyeksaan tekan clutch satria oren yang manual itewww.... nanti kita tolong picit kaki yek....