Saturday, March 12, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa






"Sampai masa tibanya waktu
Redup hati kamu berdua
Bila dua jasad bersatu
Hidup mati pasti bersama"

Tengok trailer pun dh best, haruslah pi tengok movie.  2 minggu sblm show dh booking hubby ajak pi.... amboi.. punya la sakan... Semalam pi tengok Hikayat Merong Mahawangsa...  best giler dpt tgk tayangan hari pertama.. ibarat potong reben gamaknya.. lg plak tayangan serentak bukan di seluruh Malaysia tp seantero dunia.... tabik spring la kat KRU..DOUBLE THUMBS UP!!!    memang best tengok movie ni, tak rugi beli tix... filem epik yang setaraf dengan filem hollywood.

Filem ini dikatakan menelan belanja yang agak tinggi iaitu sebanyak RM8 juta dan diarahkan oleh Abg Chik iaitu Yusri KRU dan diterbitkan oleh KRU Studios. Pelakon yang membintangi filem ini ialah Stephen Rahman Hughes (Merong Mahawangsa), Dato’ Haji Rahim Razali (Pak Kesum), Gavin Rees Stenshouse (Marcus), Wan Hanafi Su (Taji), Jing Lu (Puteri Meng Li Hua), Craig  Robert Fong (Laksamana Liu Yun), Ummi Nazeera (Embuk), Khir Rahman (Kemawas), Jehan Miskin (Embi), Nellie Ng (Ying Ying),  Acong, Maya Karin dan Mano Maniam.

Tetiba teringat lak masa shooting filem ni la dikatakan Sharifah Amani bertemu cinta lokasi dengan Gavin, tapi tak nampak plak role Amani dalam filem ni. Agaknya terlibat di belakang tabir kut..

Keunikan filem ini mengabungkan cerita-cerita sejarah dan mitos tiga tamadun terkenal dunia iaitu Melayu, China dan Rom. Music arrangement yang sedap dan  penggunaan teknik CGI yang amat cantik dan natural. location di tepi pantai di Terengganu tu pun amatlah cantik.  Kiranya percubaan berani KRU Studio untuk menghasilkan filem bertaraf antarabangsa ini amat  berjaya.

Dalam filem ini, Merong Mahawangsa adalah daripada keturunan Alexander the Great yang merupakan seorang nakhoda tentera laut yang terkenal pada era kegemilangan empayar Rom. Pada masa yang sama, Dinasti Han berkuasa di Asia Tengah. Jadi untuk mengembangkan kuasa, mereka sepakat untuk mengahwinkan Putera Rom dengan Puteri China.   Ketika pelayaran, kapal rombongan  Rom telah musnah.  Lycius dan Marcus singgah  di Goa bagi mencari kapal beserta nakhoda dan anak-anak kapal bagi membolehkan mereka meneruskan pelayaran untuk bertemu Puteri China di Langkasuka.  Pada ketika inilah mereka bertemu Merong Mahawangsa yang  ketika itu menjadi tahanan di Goa.  Merong Mahawangsa telah dipilih untuk jadi bodyguard Marcus  ke Langkasuka untuk bertemu  dengan puteri raja dari Dinasti Han.

Pelayaran mereka selamat mendarat di Langkasuka dan bertemu dengan Laksamana China.  Puteri yang enggan berkahwin dengan Putera Marcus melarikan diri dengan inangnya, Ying Ying. Namun begitu, Putera Marcus yang sedang merayau-rayau di hutan bertembung juga dengan Puteri tersebut.  Selepas beberapa pertelingkahan, hati pun terpaut.  Walau bagaimanapun, puak  Geruda (Taji dan Kemawas) punyai rencana jahat. Mereka menculik Puteri China itu dan menjadikannya sebagai tebusan. Dan dalam pertempuran itu, Merong Mahawangsa tercedera dan diselamatkan oleh Pak Kesum.  

Pada masa inilah Merong bertemu Embuk dan mengetahui yang dia juga berasal dari situ. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China, dapatkan Marcus berkahwin dengan Puteri China tersebut, bagaimanakah Merong Mahasuasa eh, Mahawangsa membuka Langkasuka, kalau nk tau, kenalah pi tengok kat cinema... moga-moga leh pecah rekod Khurafat tu.  

Sokonglah filem tempatan. 
Filem Kita, Wajah Kita.

0 comments:

Post a Comment