Skang ni kalau boleh semua benda nak di pakejkan...
Contoh:
1. Beli tiket Liverpool VS Malaysia dpt tgk training session + tidur hotel sama ngan player. Best oo.. kalau nasib baik leh terserempak time breakfast atau satu lif ngan diorang.. Leh la ngendeng take pic or minta autograph.
2. Beli keta harga dekat ratus ribu dapat free tinted... Tinted kasi gelap pastu kena saman ngan abang polis. Terbang RM300. Huhu.
3. Skang ni lelaki pun memilih gak kalau nak mencari pasangan hidup. Kalau boleh biarlah si gadis tu bekerja dan dah ada kereta. Kalau si gadis tu dah ada rumah itu kira bonus. Tapi kalau nak best, kawinlah dengan Mak Jan... Buy 1 free 3.... Dapat isteri, rumah, kereta dan anak-anak sekali.
4. Pakej percutian ke Bangkok : Tiket penerbangan pergi balik, penginapan 4H3M, makan 5 kali sehari. Khidmat urut pun ada, tapi yang ini kena amik pakej lain la pulak.
5. Beli notebook dapat free notebook bag, beli ink dapat free glossy paper..Beli toner dapat free RM10 KFC voucher. Kalau pergi makan 3 orang, manalah cukup RM10 tu, for sure kena tambah 20 ke 30 hengget lagi.
Itu hanya beberapa contoh. Pakej yang aku ada sekarang ni ialah Fever + Cough + Flu. Memang complete. Start dari cuti Wesak ari tu sampai la hari ni tak baik2. Setakat ni dah 3 kali pi klinik, Ubat batuk pun dah berbotol2 diminum. Masih juga tak baik2... Dari suara rock serak-serak basah macam diva rock popular, dah jadi serak-serak sengau.
Takpe lah aku redha je. Sesungguhnya penyakit tu kan pengapus dosa.

0 comments:
Post a Comment