Monday, January 2, 2012

Welcome 2012

Dah 02.01.2012 baru nk welcome 2012. Apa daaa... But, It's never too late kan.  
Happy New Year!!! 
ehsan google

Tahun Baru = Azam Baru. Sangat sinonim.  Apabila tiba tahun baru, semua orang akan bertanya apakah azam tahun baru anda.  Mungkin sepatutnya perlu tanya apakah azam anda telah tercapai pada tahun lepas? Rasanya tak perlulah nak kepochi sangat jaga tepi kain orang. Tanyalah pada diri sendiri. Adakah azam anda pada tahun lalu telah tercapai?

Rasanya kali ni tak nak sebut azam baru. Kita tukar kepada target. Dan target ini mungkin tidak akan dicapai dalam tempoh satu tahun. Mungkin maksimum 5 tahun, bergantung kepada target yang hendak dicapai.  (Tetiba ayat macam nak buat Sasaran Kerja Tahunan pejabat.) Hew Hew.


Target yang telah dikenalpasti kebanyakannya tertumpu kepada rumah. Segala yang terfiikir semuanya untuk kelengkapan rumah.  Nak pasang tiles la, nak buat wakaf la, nak beli pinggan mangkuk la. Kebanyakannya untuk rumah. Tapi target yang ni semuanya melibatkan kos kewangan.


Target untuk perbaiki diri sendiri pun perlu ada.  Bersenam!! Yes, pagi tadi telah mulakan iaitu amalkan naik tangga bukan naik lif.  Kalau tiada masa nak beriadah, kita kenalah cari alternatif lain. Perlu bersenam sambil tengok tv. Bukan tengok tv sambil baring je.  Mungkin perlu cari kawan-kawan untuk berjoging di hujung minggu.   Dan kalau tiada peluang nak berjoging, perlulah parking kereta jauh sikit dari kebiasaan.  Berjalan pun satu senaman juga kan. :)

Tak kisah la, apa azam atau target anda, seharusnya yang membawa ke arah yang lebih positif. Tapi kalau sang pencuri target untuk lipatgandakan hasil mencuri, itu pun boleh kira positif ke? Haha.

Semoga tahun 2012 ini membawa seribu kerahmatan kepada kita semua.






2 comments:

h.a.n said...

good luck angah :) i have no new resolution for this year , just be positive !

Lieynn Malek said...

hehe.. u should have one gd resolution.

Post a Comment