Ibu, ibu engkaulah ratu hatiku..
Tahun ini saya celebrate Hari Ibu dengan 4 orang ibu sekaligus. 4 orang tu, bunyinya cam tamak kan, sampai nak ada 4 orang mak. Tapi itu bukan hakikat. Hakikatnya saya ada 5 orang ibu.
Yang pertama, tentulah ibu yang melahirkan saya, Pn Hjh Azizah bt Attan. Beliaulah yang membesarkan (walaupun tak berapa nk besar) dan mendidik saya sehingga ke hari ini. beliaulah juga teman, sahabat yang mendengar segala luahan suka duka. Yang memasak banyak makanan yang lazat terutama sekali ayam masak kicap cili padi yang pedas-pedas sedap.
Yang kedua, Pn Hjh Mariam bt Salleh. Oleh kerana beliau adalah isteri kepada ayah saya, maka beliau adalah ibu tiri saya. Wah...bila mendengar ibu tiri mesti semua terbayangkan ibu tiri dalam filem Si Bawang Merah Bawang Putih tu kan.... "Merah mari ko ke sini, masak, cuci baju, kemas rumah, bla.. bla.. bla.. tapi ibu tiri saya tidak begitu ya puan-puan. Ibu tiri saya banyak juga budinya yang harus dikenang sampai mati.
Yang ketiga, Pn Sapiah ialah ibu yang telah melahirkan suami saya ke dunia ini. Jikalau tidak ada dia, tentulah saya tidak bertemu dengan pasangan hidup saya itu. Terima kasih ye mak.
Yang keempat. Pn Hjh Aminah a.k.a Pn Faridah.... bila pi spital, staff hospital panggil siapa waris Pn Aminah bt Ahmad, saya rilex sahaja sambil main games kat handphone. Tiba-tiba barulah teringat, owh itu nama ibu mertuaku... Sungguh x guna punya menantu, nama mak mertua pun x ingat. Beliau merupakan ibu yang membesarkan My Incik Hubby, walaupun tidak melahirkan, tapi kalau tidak dijaga sehingga besar, camnelah nak bertemu dengan pasangan hidupku itu....
Yang kelima, ibu tiri suami saya iaitu isteri kepada ayah kandung suami saya. Camne nk panggil ek, Ibu Mertua Tiri, leh gitu? hahaha... tapi beliau ini saya jarang sangat berjumpa dengannya, adalah sekali dua agaknya. Walauabagaimanapun, ibu tentulah harus dihormati.
Tak kisahla, ibu kandung ke, ibu tiri ke, ibu mertua ke, ibu angkat ke, ibu saudara ke, semuanya harus dihormati dan disayangi. Jagalah dan gembirakanlah hati mereka sementara hayat mereka masih ada.
Dan kepada semua ibu di luar sana,
SELAMAT HARI IBU!!!!




0 comments:
Post a Comment