Tuesday, August 2, 2011

Goodbye JES...

sob.. sob... sob...
Entry sedih.
Sila sediakan tisu secukupnya. (pesanan untuk diri sendiri).

Apakah perasaan anda sekiranya terpaksa berpisah dengan ibu, bapa anda?  Boyfriend/Girlfriend anda?  BFF anda? Haiwan berbulu-bulu peliharaan anda? 
Ataupun kehilangan suami yang dicintai?
Ataupun Iphone 4 yang baru anda baru beli dicuri?
Tentulah sedihkan...

Kini saya terpaksa berpisah dengan Cinta Hati saya, 
yang selalu menemani saya ke mana sahaja.

Pergi kerja dan balik kerja.  Pergi dating dan tengok wayang.  Pergi outstation, okey ini sekali sekala saja sebab mostly kalau outstation tentulah ada driverkan sebab naik kenderaan universiti.


Telah banyak jasanya kepada saya sekeluarga. Daripada Mas belajar kat Jitra sehinggalah Che Ai belajar kat Segamat. Bercuti ke sana ke mari. Dari Johor Bahru sehingga nun jauh ke Padang Besar.  Shopping kat Langkawi tak ingat dunia sampaikan semua barang kena riba dan letak bawah kaki.  Daripada bercanda di Cherating sehinggalah bersnorkeling di Pulau Tioman.  Pergi shopping dari Masjid India sampai ke IKEA.


Dari hidup bujang sehingga kini dah kahwin, Dari Cinta Hati kaler Hijau hingga Cinta Hati kaler Oren. Cinta Hati masih tetap menemani.  Tapi kini JES tiada lagi.  Namun sehingga kini JES tetap di hati.




 Cinta Hati
19/9/2004 - 25/7/2011

Thursday, June 9, 2011

Complete Pakej

Skang ni kalau boleh semua benda nak di pakejkan... 

Contoh:

1.  Beli tiket Liverpool VS Malaysia dpt tgk training session + tidur hotel sama ngan player.  Best oo.. kalau nasib baik leh terserempak time breakfast atau satu lif ngan diorang.. Leh la ngendeng take pic or minta autograph.

2.  Beli keta harga dekat ratus ribu dapat free tinted... Tinted kasi gelap pastu kena saman ngan abang polis.  Terbang RM300. Huhu.

3.  Skang ni lelaki pun memilih gak kalau nak mencari pasangan hidup.  Kalau boleh biarlah si gadis tu bekerja dan dah ada kereta. Kalau si gadis tu dah ada rumah itu kira bonus.  Tapi kalau nak best, kawinlah dengan Mak Jan... Buy 1 free 3....   Dapat isteri, rumah, kereta dan anak-anak sekali.

4.  Pakej percutian ke Bangkok : Tiket penerbangan pergi balik, penginapan 4H3M, makan  5 kali sehari.  Khidmat urut pun ada, tapi yang ini kena amik pakej lain la pulak.

5.  Beli notebook dapat free notebook bag, beli ink dapat free glossy paper..Beli toner dapat free RM10 KFC voucher. Kalau pergi makan 3 orang, manalah cukup RM10 tu, for sure kena tambah 20 ke 30 hengget lagi.

Itu hanya beberapa contoh. Pakej yang aku ada sekarang ni ialah Fever + Cough + Flu. Memang complete.  Start dari cuti Wesak ari tu sampai la hari ni tak baik2.  Setakat ni dah 3 kali pi klinik, Ubat batuk pun dah berbotol2 diminum.  Masih juga tak baik2... Dari suara rock serak-serak basah macam diva rock popular,  dah jadi serak-serak sengau.


Takpe lah aku redha je. Sesungguhnya penyakit tu kan pengapus dosa.



Friday, May 20, 2011

Tersepit

Kiri naga
Kanan buaya

Naga, sekali mulut kau buka
Seluruh kampung terasa terasa bahangnya
Yang terbakar aku.

Buaya, setajam mana gigimu 
Begitu juga kata-katamu
Yang digigit aku.

Wahai sang monyet yang mendapat bunga
Kasihanilah kancil yang tersepit di antara aur dengan tebing.

~ Yang sayup-sayup menyahut panggilan pulau ~

Tuesday, May 10, 2011

4 Orang Ibu, Korang Ada?

Ibu, ibu engkaulah ratu hatiku..


Tahun ini saya celebrate Hari Ibu dengan 4 orang ibu sekaligus. 4 orang tu, bunyinya cam tamak kan, sampai nak ada 4 orang mak. Tapi itu bukan hakikat. Hakikatnya saya ada 5 orang ibu.

Yang pertama, tentulah ibu yang melahirkan saya, Pn Hjh Azizah bt Attan.  Beliaulah yang membesarkan  (walaupun tak berapa nk besar) dan  mendidik saya sehingga ke hari ini. beliaulah juga teman, sahabat yang mendengar segala luahan suka duka. Yang memasak banyak makanan yang lazat terutama sekali ayam masak kicap cili padi yang  pedas-pedas sedap. 

Yang kedua, Pn Hjh Mariam bt Salleh.  Oleh kerana beliau adalah isteri kepada ayah saya, maka beliau adalah ibu tiri saya. Wah...bila mendengar ibu tiri mesti semua terbayangkan ibu tiri dalam filem Si Bawang Merah Bawang Putih tu kan.... "Merah mari ko ke sini, masak, cuci baju, kemas rumah, bla.. bla.. bla.. tapi ibu tiri saya tidak begitu ya puan-puan. Ibu tiri saya banyak juga budinya yang harus dikenang sampai mati. 

Yang ketiga, Pn Sapiah  ialah ibu yang telah melahirkan suami saya ke dunia ini. Jikalau tidak ada dia, tentulah saya tidak bertemu dengan pasangan hidup saya itu.  Terima kasih ye mak.

Yang keempat. Pn Hjh Aminah  a.k.a Pn Faridah.... bila pi spital, staff hospital panggil siapa waris Pn Aminah bt Ahmad, saya rilex sahaja sambil main games kat handphone. Tiba-tiba barulah teringat, owh itu nama ibu mertuaku... Sungguh x guna punya menantu, nama mak mertua pun x ingat.  Beliau merupakan ibu yang membesarkan My Incik Hubby, walaupun tidak melahirkan, tapi kalau tidak dijaga sehingga besar, camnelah nak bertemu dengan pasangan hidupku itu....

Yang kelima, ibu tiri suami saya iaitu isteri kepada ayah kandung suami saya. Camne nk panggil ek, Ibu Mertua Tiri, leh gitu? hahaha...  tapi beliau ini saya jarang sangat berjumpa dengannya, adalah sekali dua agaknya. Walauabagaimanapun, ibu tentulah harus dihormati.

Tak kisahla, ibu kandung ke, ibu tiri ke, ibu mertua ke, ibu angkat ke, ibu saudara ke, semuanya harus dihormati dan disayangi.  Jagalah dan gembirakanlah hati mereka sementara hayat mereka masih ada.
 Dan kepada semua ibu di luar sana, 

SELAMAT HARI IBU!!!!

Friday, May 6, 2011

Kembang DiPagi Hari

Buai laju-laju
Sampai pokok cina
Apa dalam baju
Sekuntum bunga cina

Sorry. Kita bukan nak bercerita pasal bunga cina ye.

Di sini kita nk bercerita pasal pokok kemboja cina kepunyaan saya yang telah berbunga.  Berbunga-bunga hati saya sejak petang semalam apabila melihat pokok bunga  yang saya siram setiap hari telah berbunga.  Sejak melihat putiknya, hari-hari saya tengok, tapi bunga tak kembang pun.  Sedih. 

Tapi apabila balik kerja petang semalam, terus kelihatan bunga yang telah kembang.   Bagaimana kembang bunga itu, begitulah kembang hati saya.  Semoga bunga-bunga yang kembang ini akan menyerikan lagi halaman rumah saya.


Kemboja Cina

Thursday, May 5, 2011

Gemuk ke Kurus?



Haruskah aku menjadi begitu, naik rollercoaster pun terbang. Huhu


Kalau kurus, BMI tak ideal. Dlm ati mmg rasa nk gemuk, tp nnt baju2 x muat plak kan.  tskk.. tskk... :(  x kesah la,  yg penting sihat.  : D

Mcm2 cara aku dh buat utk tambah berat badan. Tp x penah berjaya. Paling2 pun capai 40kg je. Mula2 dlu minum susu Appeton Weight Gain. X nmpk perubahan pun. Tukar plak minum Maximum Weight Gain. Sama jugak. Huhu. Makan kismis ngan susu la, minum susu campur badam la, makan lempoyang bagi tambah selera makan, makan 6 kali sehari, amik snack between main dish, tgk tv sambil kudap², dan banyak lagi, tapi semuanya tak menunjukkan perubahan positif.

Orang kata, lepas kawen badan mesti naik. Tapi aku tengok My Incik Hubby yg naik bagai dipam-pam. Nasib baik la dia selalu main futsal, kalau x sure dh double triple chin. Huhu... Jangan sampai tangan dh x muat nk peluk dh ler.

So skang ni dh terjumpa satu program  MyFitnessPal  Program ni leh kirakan calori pemakanan kita setiap hari. Terpulanglah sama ada nk gemuk ke nk kurus ke, nk maintain ke, semua boleh.  Siap ada food diary lagi.

Bila dh join program ni barulah aku tau, rupanya selama ni aku makan tak cukup pun calorie nya. Sebab tu la tak gemuk². + campur calorie yg burnt masa kita buat kerja sehari-hari. Lum tolak lagi dengan exercise.(ecehecehe... cam rajin sgt exercise).  Tp kalau wat kerja rumah pun banyak gak calorie yg terbakar.  Satu lagi kalau kita selalu biar perut rasa lapar, kadar metabolisme pun akan meningkat. Sbb tu la susah nk gemuk.  Skang ni kena makan, makan dan makan untuk kurangkan kadar metabolisme. Pastu nak makan banyak2... So target hujung bulan Mei ni akan ada peningkatan.  Chaiyok.. Chaiyok!!

Kalau setiap hari ada makanan yg lazat sebegini haruslah makan dengan banyaknya.  


Walaubagaimanapun, kita haruslah makan secara sihat berpandukan food pyramid dibawah ni.  Tapi kekadang tu, bila dh tgk makanan yang maha sedap, mana ingat protien, fat, carbs tu semua. huhu.







Friday, April 29, 2011

Semoga Dikau Tabah

Hari ni hari Jumaat.
biasa time rehat adalah time untuk tidur... 
ZZzzzzzzzz.. 
tp hari ni tak payah tidur la.
mari kita jumpa Kak Lela.

yg pakai spec tu Kak Lela, dlu masa kecik selalu gaduh, tp skang leh ngam.. hehe

Sejak dpt tau Kak Lela diagnose breast cancer, baru hari ni berpeluang nk jumpa... Selalu tu cakap thru phone je.. Dia baru lepas dapatkan rawatan kimoterapi kali pertama... ada 5 session lg... tapi tadi bila berbual dengan dia, tengok dia ok je... Yelah, xkan bila orang datang nk tunjuk yg dia sakit plak kan...  Setakat ni condition dia ok, xde muntah2... takde rambut gugur (gugur skit2 tu biasalah kan).. yg tak buat kimoterapi ni pun rambut je berselerakan kat bilik...  Hope, utk next session pun dia akan ok camni gak...

Dalam beberapa minit pastu, Abg Zaidi n anak2 dia pun sampai (Athirah n Batrisyia)..  Sampai2 Batrisyia terus peluk umi dia... terharu laa.. mesti rindu kat umi kan.. dh lama tak jumpa...  

Tengok ketabahan Kak Lela, buatkan aku kagum. Kalaulah aku yg diduga untuk menerima ujian sebegini, redhakah aku? Tabahkah aku?  Kuatkah aku menerima dugaan? Bagaimana penerimaan orang sekeliling, terutama suamiku?  Ya Allah, Ya Tuhanku,, berikanlah kekuatan buat kakakku itu untuk menerima ujianMu, semoga kami semua tak putus2 beri semangat dan dorongan untuk dia menjalani rawatan ini.


Amin......










Monday, March 14, 2011

Candy Kelapa






-C.A.N.D.Y-



sesuai untuk goodies wedding, party, kenduri or any other occassion... Sedia menerima tempahan..... berminat?? nk order.. sila hubungi 012-7940655.

Saturday, March 12, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa






"Sampai masa tibanya waktu
Redup hati kamu berdua
Bila dua jasad bersatu
Hidup mati pasti bersama"

Tengok trailer pun dh best, haruslah pi tengok movie.  2 minggu sblm show dh booking hubby ajak pi.... amboi.. punya la sakan... Semalam pi tengok Hikayat Merong Mahawangsa...  best giler dpt tgk tayangan hari pertama.. ibarat potong reben gamaknya.. lg plak tayangan serentak bukan di seluruh Malaysia tp seantero dunia.... tabik spring la kat KRU..DOUBLE THUMBS UP!!!    memang best tengok movie ni, tak rugi beli tix... filem epik yang setaraf dengan filem hollywood.

Filem ini dikatakan menelan belanja yang agak tinggi iaitu sebanyak RM8 juta dan diarahkan oleh Abg Chik iaitu Yusri KRU dan diterbitkan oleh KRU Studios. Pelakon yang membintangi filem ini ialah Stephen Rahman Hughes (Merong Mahawangsa), Dato’ Haji Rahim Razali (Pak Kesum), Gavin Rees Stenshouse (Marcus), Wan Hanafi Su (Taji), Jing Lu (Puteri Meng Li Hua), Craig  Robert Fong (Laksamana Liu Yun), Ummi Nazeera (Embuk), Khir Rahman (Kemawas), Jehan Miskin (Embi), Nellie Ng (Ying Ying),  Acong, Maya Karin dan Mano Maniam.

Tetiba teringat lak masa shooting filem ni la dikatakan Sharifah Amani bertemu cinta lokasi dengan Gavin, tapi tak nampak plak role Amani dalam filem ni. Agaknya terlibat di belakang tabir kut..

Keunikan filem ini mengabungkan cerita-cerita sejarah dan mitos tiga tamadun terkenal dunia iaitu Melayu, China dan Rom. Music arrangement yang sedap dan  penggunaan teknik CGI yang amat cantik dan natural. location di tepi pantai di Terengganu tu pun amatlah cantik.  Kiranya percubaan berani KRU Studio untuk menghasilkan filem bertaraf antarabangsa ini amat  berjaya.

Dalam filem ini, Merong Mahawangsa adalah daripada keturunan Alexander the Great yang merupakan seorang nakhoda tentera laut yang terkenal pada era kegemilangan empayar Rom. Pada masa yang sama, Dinasti Han berkuasa di Asia Tengah. Jadi untuk mengembangkan kuasa, mereka sepakat untuk mengahwinkan Putera Rom dengan Puteri China.   Ketika pelayaran, kapal rombongan  Rom telah musnah.  Lycius dan Marcus singgah  di Goa bagi mencari kapal beserta nakhoda dan anak-anak kapal bagi membolehkan mereka meneruskan pelayaran untuk bertemu Puteri China di Langkasuka.  Pada ketika inilah mereka bertemu Merong Mahawangsa yang  ketika itu menjadi tahanan di Goa.  Merong Mahawangsa telah dipilih untuk jadi bodyguard Marcus  ke Langkasuka untuk bertemu  dengan puteri raja dari Dinasti Han.

Pelayaran mereka selamat mendarat di Langkasuka dan bertemu dengan Laksamana China.  Puteri yang enggan berkahwin dengan Putera Marcus melarikan diri dengan inangnya, Ying Ying. Namun begitu, Putera Marcus yang sedang merayau-rayau di hutan bertembung juga dengan Puteri tersebut.  Selepas beberapa pertelingkahan, hati pun terpaut.  Walau bagaimanapun, puak  Geruda (Taji dan Kemawas) punyai rencana jahat. Mereka menculik Puteri China itu dan menjadikannya sebagai tebusan. Dan dalam pertempuran itu, Merong Mahawangsa tercedera dan diselamatkan oleh Pak Kesum.  

Pada masa inilah Merong bertemu Embuk dan mengetahui yang dia juga berasal dari situ. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China, dapatkan Marcus berkahwin dengan Puteri China tersebut, bagaimanakah Merong Mahasuasa eh, Mahawangsa membuka Langkasuka, kalau nk tau, kenalah pi tengok kat cinema... moga-moga leh pecah rekod Khurafat tu.  

Sokonglah filem tempatan. 
Filem Kita, Wajah Kita.

Monday, March 7, 2011

Red Velvet Cuppies



Lagu ini ditujukan khas buat ibunda tercinta dengan ucapan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki, Semoga kehidupan mak diberkati olehNya dan semoga mak happy² selalu disamping keluarga.

Tiba² terasa nk buatkan cake special utk mak... dlm kepala dh berangan nk buat "RED VELVET CUPCAKES".. 2-3 hari jugaklah google cari resipi... harap sangat supaya kek ni menjadi... segala bahan dan ramuan dicari, step satu persatu diikuti ditambah dengan seribu pengharapan serta kesabaran dan sepenuh kasih sayang, maka taraaaa......

** deco agak kurang memuaskan, tangan begitu tidak berseni.....


Bahan A (di ayak bersama)
375gm tepung gandum
20gm serbuk koko
1 tsp baking soda (soda bikabonat)

Bahan B

170gm mentega (suhu bilik)
350gm gula kaster
2 tsp esen vanila
3 biji telur grade A

Bahan C

350ml UHT whiping cream/Yogurt
1 Tbsp cuka/jus lemon
2 1/2 Tbsp pewarna merah
(Satukan semua, biarkan selama 10 minit)

Topping Cream Cheese

250gm cream cheese (suhu bilik)
80gm gula aising
1 tsp esen vanila
180ml UHT whipping cream


Cara-cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 180C.  Sediakan loyang/cawan kertas.
2.  Satukan bahan A, ketepikan.
3.  Pukul bahan B hingga kembang, masukkan telur satu persatu di ikuti bahan A dan bahan C berselang seli.  Pukul hingga sebati.
4.  Sudukan 2/3 adunan ke dalam cawan kertas dan bakar selama 20-25 minit.  Sejukkan dahulu.
5.  Cream Cheese :  Pukul cream cheese bersama gula hingga lembut, masukkan esen vanila dan whipping cream sedikit demi sedikit, pukul hingga bergaul rata dan tidak berketul.
6.  Paipkan ke atas cupcake dan hias mengikut suka.

sumber dari : http://resipicitarasawan.blogspot.com

Komen dari adikku n pakcik : ok, boleh niaga la camni.... and tq pada ayu yg sudi bgtau perbezaan antara baking soda n baking powder... 

Wednesday, March 2, 2011

Kuih Bakar Pandan Jauh ke Tengah...

 Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
   Hancur badan dikandung tanah
      Budi yang baik dikenang juga...

Chewahhh.... tp entri ni bukan untuk berbalas pantun ye... entri kali ni ialah resipi Kuih Bakar Pandan.. kudapan untuk My Hubby Dearie pagi tadi...  Dh lama sangat dah berhajat nk buat kuih ni, tp takde loyang la... bijan takde la.. so beberapa hari lepas dh siap² beli loyang dan hari ini kita pun merasmikannya.....








Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum (tp saya lebihkan skit)
1 cawan gula
1 cawan jus pandan
2 cawan santan
2 sb mentega yang dicairkan
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sedikit garam
Sedikit bijan

Cara-cara:
1.  Satukan semua bahan² di atas kecuali bijan dan masukkan ke dalam blender dan kisar. Tapis adunan dan ketepikan.

2.  Panaskan oven pada suhu 200C. Sapukan mentega pada  loyang supaya senang dikeluarkan  dan panaskan didalam oven selama 5 minit.

3.  Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit. Keluarkan dan tabur bijan secukupnya.  Bakar lagi selama lebih kurang 45 minit sehingga keperangan.



LM : Resipi ini adalah hasil dari sekodeng daripada Abang Mat Gebu dan My Resipi. Diubahsuai mengikut citarasa sendiri.  MHD lum bagi komen lagi tp bak kata officemateku, Suraya "sedaplah, cam kuih Kak Noriah"... hehe.. 







Tuesday, March 1, 2011

Jalan² Tengok Lampu!!



sms lisa - "kak, penah pi i-City x? abg sedara kita penah pi. nnt kita ajak rini n eric sekali... " i-City tu mmglah tak penah pergi lagi.. tp taulah tempat tu penuh dengan gemerlapan lampu warna warni... HotFM, TV3 pun penah wat funtion kat situ....

i-City ni located kat Section 7, Shah Alam. pi ikut Federal Highway je.. sib baik ada Garmin... tp signboard pun banyak.. confirm tak sesat laa...

bayaran masuk satu keta RM10. kalau pi penuh satu keta, jimat.. tapi kalau penuh satu MPV, lagi menjimatkan.... bayaran masuk tu a.k.a voucher leh guna lagi bila nk masuk kt area yg kena charge...

dr jauh lagi dh nmpak cahaya² lampu.... tiang² lampu pun cantik... wah.. dah tak sabar² nk jalan.. tp dinasihatkan sila jangan pakai heels ye... konfem penat nk jalan nnt...



it's time to menyakitkan mata dengan cahaya gemerlapan

mcm² karer ada... meriah giler...

ada cam gaya hindustan x?

eric : pokda, naper katak ni x mau lompat..
hubby : eric, kita senyum je.. nnt lama² katak ni lompat la...



hubby : kuat ke eric nk angkat kaki kuda, pokda tolong eh...


LM : semua gambar adalah ehsan dari lisa (baju merah, tudung itam).. tq ye

Atuk dan Batu Karang (Part II)


lepas beberapa hari leh rest kat umah, atuk kena pi HSA pd 24/2/2011 utk check-up.. tp sebenarnya check-up tu pd 25/2/2011.. kena rest kat wad gak satu malam..

kita pi naik Grand Livina moksu, maceh moksu kasi pinjam Grand Livina, selesa sikit atuk.. walaupun moksu yang menanggung penyeksaan tekan clutch satria oren yang manual itewww....
nanti kita tolong picit kaki yek....

tup2 esoknya mak call, atuk dh boleh balik... yahooo..
atuk dh baik..

(p/s : batu karang pi jauh² kt Sg. Karang ye, jangan datang lg... )


sempat posing sebelum ditolak ke wad.. hehe


barang punyalah banyak... cam nk duk sebulan okey....

sedang diperiksa.. cool je.. heheh

Tuesday, February 22, 2011

Atuk dan Batu Karang

sob..sob.. sob.. sedihnya atuk kena admit kat wad Hospital BP... mula² tu Makwa antar pi kat emergency lepas atuk mengadu sakit perut dan tanda² kuning yang terdapat pada sekitar mata dan badan (ingatkan baby je kena penyakit kuning, hehe). Selepas beberapa ujian dijalankan, (scan, ujian darah, xray) rupanya sbb ada batu karang. sebenarnya memang dah lama atuk menghidap penyakit ni, mungkin sekarang bertambah kronik atas faktor lanjut usia.

Oleh sebab kat Hospital Batu Pahat xde doc pakar utk case ni, atuk dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah, JB dan menjalani prosedur endoskopi. menurut citer pakcik, masa prosedur endoskopi tu atuk kena meniarap dan peralatan khas dimasukkan melalui mulut, eee.. tak dpt bayangkan betapa sakitnya dengan berat badan atuk masa tu tinggal 37kg je... tinggal kulit ngan tulang jek... sian atuk....

Ingatkan lepas menjalani endoskopi tu dh oklah.. rupanya masih terdapat sisa batu karang pada hempedu dan menyebabkan atuk perlu menjalani pembedahan. Kesian atuk, bila dah berusia risiko kalau menjalani pembedahan lebih tinggi. Tapi atas semangat dan azam yang kuat atuk terus tabah menghadapinya.


masa ni atuk kat Hospital Batu Pahat


dh siap² pakai uniform OT.. tengok muka rilex je,
tp dlm hati tak siapa tahu

lepas operate, cun x getah rambut atuk? hehe


sepanjang atuk kat HSA, mak, pakcik ngan cik bib la yg bergilir² jaga atuk.. pakcik taklah jaga atuk, dia cuma jaga orang yang jaga atuk saja.. maklumlah pakcik kan lelaki, mana leh stay kat wad perempuan. 12 hari kat HSA makcik sekuriti ngan nurse pun dh kenal diorang...




Pada asasnya batu karang terbentuk daripada zat kalsium yang bercampur dengan bahan-bahan lain dan akhirnya membentuk batu.Ia dapat dilihat melalui sinaran X.Namun batu yang terhasil dari asid urik mungkin tidak dapat dilihat.Ini kerana ia berlaku pada saluran ureter (saluran kencing) dan juga saluran buah pinggang.




JENIS
-JENIS BATU KARANG
  • Calcium oxalate - merupakan 80% batukarang yang terjadi hasil campuran dengan bahan kalsium dengan rupa bentuk bercabang dan tajam
  • Calcium phosphate-10% batu karang yang terjadi akibat jangkitan kuman dalam air kencing bersifat alkali
  • Asid urik - akibat dari serangan gout.
  • Cystin

PUNCA-PUNCA PENYAKIT / FAKTOR RISIKO

  • Ketidak sempurnaan dalam aliran saluran kencing
  • Terlalu banyak makan makanan laut yang mengandungi kandungan kimia yang tinggi
  • Kegagalan buah pinggang
  • Tahap metabolisme seseorang
  • Nanah yang mengeras akibat jangkitan kuman semasa kecil
  • Kekurangan pengambilan air minuman
  • Jangkitan parasit atau cacing di dalam pundi kencing

TANDA-TANDA / SIMPTOM

  • Sakit pada bahagian abdomen iaitu pada sisi kanan dan kiri pinggang
  • Kesakitan sepertib erdenyut, berat, dan sakit melilit yang amat sangat seperti hendak bersalin
  • Loya-loya,hendak muntah dan berpeluh.
  • Sukar kencing atau lansung tak boleh kencing dan kencing berdarah/bernanah
  • Demam yang mengigil dan tubuh jadi lemah,muka jadi pucat/sembab dan kulit jadi kering

LANGKAH PENCEGAHAN

  • Minum 1.5 liter air setiap hari terutama waktu malam
  • Elakkan makan daging merah makanan laut dan makanan yang mengandungi asid urik

KOMPLIKASI


  • Boleh menyebabkan kerosakan atau kegagalan buah pinggang
  • Jangkitan kuman penanahan dalam buah pinggang boleh mengakibatkan terjadi bisul.Jikatidak dirawat pesakit akan mendapat septicimea di mana kuman merebak ke seluruh tubuh danmenyebabkan kematian
  • Sakit yang datang tiba-tiba boleh mengakibatkan seseorang itu hilang pertimbangan.

RAWATAN

  • Bergantung pada saiz,jenisd an kedudukan batu
  • Bagi jenis asid urik dan cystinia dapat dirawat dengan cara merubah PH dari air kencing sehingga melarutkannya
  • Sinar laser jenis ‘extracorpareal shock wave lithotripsyn’ digunakan untuk memecahkan batu.
  • Kaedah endoskopi
  • Pembedahan

Weehooo... I'm A Blogger Again

3 tahun meninggalkan dunia blogging membuat aku begitu rindu untuk kembali.. apatah lagi bila seronok membaca coretan hidup teman², suka duka, gelak ketawa mahupun tangis duka... dahulu aku berblogging hanya untuk tatapan sendiri... kiranya cam online diary.. suatu ketika dahulu diary ibarat teman karib.. segala luahan perasaan dan aktiviti yg dilakukan diluahkan didalam diary... kini mungkin smpi masanya utk berkongsi cerita dan berkongsi pengalaman di sini...